Friday, November 11, 2011

Dan ... SPM :O

Kim Jung Ah (After School) - You're Cute


Assalamualaikum w.b.t Dan Hello.
Hehe. ( Gelak Itu Mesti )




Yeah. Cara Study yang paling berkesan. Makan Buku. 

Haaa.. SPM dah makin dekat. Cepat jek masa berlalu, rasa macam semalam ja aku aku berebut dengan kawan aku nak amik result UPSR. -.- Haishhh. Pejam celik makan, pejam celik makan dah nak exam SPM dah aku nih (Dah tua rupanya, patut la uban penuh dekat kepala). Dan aku rasa memalam camni mesti ramai budak2 nak SPM yang tengah mentelaah subjek yang depa rasa cambest ja tapi aku ? Ishh... Macam ni laa.. Duk depan nappy free nih sambil dengar lagu (Apa nak jadi la dengan budak nih ).

  Bukan tamaw study tapi ta pandai nak study sorang-sorang dekat dalam bilik atas katil sambil ditemani bantal yang selalu memaksa aku untuk tertido dengan lena sekali. Huh. Macam tu la dari dulu sampai sekarang, ta penah berjaya nak study sendiri dan sebab tu la aku selalu ta study bila time exam (Termasuk UPSR ngan PMR). Hurmm, tapi sampai bila nak camni kan kan? SPM ni bukan sama macam dengan exam yang lepas2. Ni exam last untuk budak yang masih memakai uniform sekolah (Lepas ni tak dah la.) Dan exam yang mungkin bakal menentukan masa depan aku jadi aku kena la buat yang terbaik kan kan? Aku selalu terfikir macam mana la kawan2 aku semua boleh study sorang2. Hmmm. Rasa pelik yang tak sepatutnya pelik menyelubungi diri aku. (Pelik -.-) Daripada ayat-ayat yang aku taip ni sebenarnya satu ja kesimpulannya , aku ni malas je.  Tolong bagi kaunseling boleh tak? Hehe.

  Tadi aku mengemas bilik aku yang macam stor buku dah aku tengok. Semua berselerak. (Tetiba ja jadi rajin, tapi pi sekolah malas lak.) Dalam tengah best-best kemas bilik sambil layan lagu, tetiba ja hati aku rasa sedih lak bila tengok buku sekolah, uniform sekolah, dan yang berkaitan dengannya. (Macam mana bila sesuatu yang dah sebati dengan hidup kita selama 11 tahun akan kita tinggalkan camtu ja.? Sedih kot. Huu..) :(
Nanti mesti aku nak rindu bangun awal pagi pastu seterika uniform skola aku, memaksa diri aku nak pi skola, rindu meja ngan kerusi dekat sekolah, cikgu-cikgu, suasana dekat sekolah. Duh. Sedihsedih (Tu baru fikir, belum bila dah tak sekolah nanti) :O << Muka tertekan sambil menguap.

  Okay da abes da jiwang dengan sekolah. Haha. Harapan aku time exam nanti ialah aku harap dapat tido yang cukup, tanak stress2, otak boleh berfungsi dengan baik, dan harap semua normal ja. InsyaAllah. Hehe. :D Dan All the best untuk semua yang nak amik SPM tahun ni termasuk aku la kan. Maw duk uat rilek ja. Study smart jangan study lintang pukang. Salam. Hehehe. (Gelak itu mesti)

P/s : Dah 11.11.11 dah. Tataw la apa yang best sangat dengan tarikh ni tapi ramai yang tulis status pasal ni. Tarikh 14.11.11 la best. SPM kot. Hahaha. Indahnya dunia.

1 comment: