Thursday, May 12, 2011

Kongsi.! kong si kong sini yah ...

Assalamualaikum dan sejahtera..
Hehee..

Errr.. Tajuk entry tu bukan aku nak menyanyi.
Aku nak bagi pendapat dan pandangan ( Aku bagi pandangan bukan pandang hampa ) tentang filem yang hari baru keluar iaitu Kongsi.. Lu Langsi Lu Mati.. Keh keh keh..


Filem:
Kongsi
Pengarah:
Farid Kamil
Genre:
Aksi & Komedi
Pelakon:
Shaheizy Sam, Fizo Omar, Yana Samsudin, Azad,
Putri Mardiana, Bront Palarae, Piee Dan sekian-sekian.


Tadi aku pergi tengok wayang ( Dah jadi kaki wayang lak sejak akhir-akhir ni.. Hehe ).
Jadi aku nak start bercerita... Nak baca ka tak, aku tak kesah dan ni bukan spoiler..  Apa yang bestnya pasal cerita ni..? Yang bestnya cerita belum start lagi kawan aku dah start gelak..  Jadi aku pun join sekaki gelak tapi aku taktau la kawan aku tu gelak pasai apa.. Hehe Bila cerita ni dah start kami pun sambung gelak lagi.. Memang awal-awal dah lawak.. Bila dah tengok baik-baik cerita ni la cerita yang paling sporting, paling cakap pakai lepas, paling merapu, paling gila laa.. Walaupun ada la part yang aku kurang faham sikit tapi sebab cerita ni enjoy habis aku tak kesah semua tu janji layan..

Cerita ni gak.. Kalau bagi kaki-kaki game macam aku ni memang ampa akan terfikirkan game Grand Theft Auto (GTA) dan Need For Speed : Most Wanted.. Memang ada lebih kurang aksi dalam game tu la, macam part Temulak ( Lakonan Shaheizy Sam ) kena kejar ngan polis.

Oh.. Baru teringat cerita ni memang cerita 1Malaysia laa.. Macam-macam ada.. Siam, Cina, India, Melayu dan seterusnya. Jadi cerita ni memang layan la untuk orang yang suka merapu, yang minat aksi dan yang minat komedi dan yang suka gelak banyak-banyak. Untuk yang minat Shin Chan pun boleh tengok kalau nak tengok ( Eh.. Ada kena mengena ka..? )..
Untuk hiburan cerita ni dalam kategori 5 Bintang. Kalau nak tau best ka tak tengok la sendiri aku just bagi pendapat ja..
Babai.. Peace No Boring-Boring.

1 comment: