Okay..
Tadi terkejut dan agak takut sebab terbaca pasal hukum melukis kartun.
Lepas baca tu terus search kat google. Memang pening, setiap ulama ada pandangan yang berbeza.
Tapi dapat la juga jumpa kat tempat yang bagi aku boleh dipercayai.
Jawapan 1 :
Hukum melukis gambar bergantung kepada gambar yang dilukis dan tujuan ia dilukis. Perinciannya adalah seperti berikut;
Jika yang dilukis itu adalah gambar-gambar Tuhan yang disembah selain Allah seperti patung-patung berhala dan sebagainya, pelukisnya adalah kafir. Lukisan sebeginilah yang diancam dengan siksaan oleh Allah sebagaimana sabda Nabi s.a.w. maksudnya.
“Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di akhirat ialah para pelukis.” (Riwayat Imam Muslim)
Berkata Imam at-Tabari: “Pelukis yang dimaksudkan di sini ialah orang yang melukis Tuhan yang disembah selain Allah.”
Diharamkan juga melukis dengan tujuan untuk menandingi ciptaan Allah, iaitu merasakan diri dapat mencipta dan membuat rekaan sebagaimana ciptaan Allah. Hal ini kembali kepada niat pelukis itu sendiri. Pelukis sebegini juga diancam dengan siksaan yang berat oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya; (maksudnya)
“Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di hari kiamat ialah orang-orang yang melakukan sesuatu untuk menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari ‘Aisyah r.a.)
Diharamkan juga melukis gambar malaikat, para Nabi dan para sahabat iaitu orang-orang yang dimuliakan di sisi agama kerana dikhuatiri lukisan gambar mereka akan menjatuhkan kemuliaan mereka di samping berlakunya pemalsuan kerana tidak ada seorang pun yang hidup hari ini yang pernah melihat mereka.
Diharamkan juga melukis gambar-gambar yang mendedahkan aurat, berunsur lucah dan mengghairahkan nafsu dan sebagainya lagi yang dilarang oleh syarak.
Kesimpulan, diharamkan melukis gambar-gambar yang menyalahi agama dan mengandungi unsure-unsur yang dilarang oleh syariat termasuk yang mendorong manusia kepada kekufuran, syirik, maksiat dan munkar. Adapun selainnya yang jauh dari perkara-perkara di atas, maka ia tidaklah diharamkan.
Sebenarnya, para ulama mempunyai pelbagai pandangan dalam masalah melukis ini terutamanya jika objek yang dilukis itu adalah makhluk-makhluk bernyawa iaitu manusia dan binatang.
Pandangan yang saya kemukakan di atas ialah pandangan yang ditarjih oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam. Teruskan niat baik saudara untuk berdakwah melalui lukisan komik itu dengan menjaga batasan-batasan yang digariskan di atas. Wallahua’lam.
Jawapan 2 :
Dan di dlm kitab fatawa asriyyah bg Syeikhuna Fadhilatu Syeikh 'Ali Juam'ah as-Syafie Hafizohullah Ta'ala maka ana dapati tidak ada tegahan dari syara' secara qat'ie dlm masalah ini.. byk aqwal (pendapat) dlm mslh ni tetapi ulama' mentarjih kpd harus dengan beberapa syarat seperti disebut oleh Fadhilatu Syeikh : tidak ada tegahan syara' pd melukis dan mengambil gambar apabila sunyi (tidak ada)pada gambar itu daripda kemurkaan Allah SWT seperti gambar bogel yg membawa kpd fitnah. m/s 121 Fatawa Asriyyah.. Dan disebut di dalam fatwa dar ifta' (link di atas) jika utk pendidikan dan memberi manfaat utk masyarakat dan agama maka ianya harus secara syar'an (secara syara') seperti kamus bergambar dan gambar utk tujuan perubatan dan sbgnya..
Okay bila dah baca semua nih. Lukis tu boleh tapi jadi haram bila melukis dengan sebab menyembah, menda-menda yang boleh mendatangkan fitnah or zina dan melukis benda-benda yang dilarang. Heee.. Saja share sebab cek suka lukis. Salah dan silap tu harap maaf la eh.
Sumber : http://sofianishak.blogspot.com/2008/04/hukum-melukis-komik-dan-kartun.html
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=49&thread_id=3136
No comments:
Post a Comment